Trip ke Jasin lalu Port Dickson

Perjalan ke Melaka dari seremban ada banyak laluan, dan aku jenis yang tak suka ambil jalan Highway. Walaupun Highway tu dekat dan ambil masa yang pantas untuk sampai ke Melaka terutamanya ke Jasin, aku lebih suka ambil jalan jauh yang boleh bawa aku menyusur jalan-jalan lori balak. Namun jalan ni bukanlah jalan yang lecak dan tanah merah, tapi jalan yang dah bertar tapi still dilalui oleh lori-lori balak besar. Kalau aku lalu ikut jalan Kuala Pilah aku akan ambil masa dua jam untuk sampai ke Jasin dari Nilai. 

Satu lagi jalan alternatif yang selalu aku ambil dari Nilai lalu ikut Port Dickson dan akan lalu Pengkalan Balak dan seterusnya sampailah ke Jasin setelah tempuh ladang sawit dan ladang getah kiri kanan, dengan laluan dan selekoh-selekoh tajam. Tapi aku bukan kira sangat, lenjan je selekoh tajam sampai 100KM. Sebab jalan sawit bukan ada orang pun, itu pun ada lori-lori kecil dan besar, aku main sedap je potong, kalau nak tunggu ikut belakang lori tu memang lambat la nak sampai, jadi caranya potong je lah. 

Antara tiga jalan alternatif ni, aku lebih suka ikut jalan guna laluan Port Dickson ni, bukan sebab pantai Port Dickson yang cantik, tapi sebab aku suka ke pantai yang lagi cantik dari Port Dickson atau teluk kemang. Actually Port Dickson bukanlah tempat percutian dan peranginan yang cantik pun, bagi aku la sebab air Port Dickson dah tercemar teruk dah lah kotor sampah merata-rata atas pantai. 

Tapi aku masih pelik, kenapalah masih ramai orang kata Port Dickson cantik sampai berpusu-pusu datang situ, mungkin dah tak ada tempat lain kot nak bersantai, terpulanglah. Yang penting aku dah fobia ke Port Dickson sebab tertelan air dia, tekak aku kena jangkitan kuman dan padahnya aku demam teruk. Berbalik ke Pengkalan Balak laluan yang aku suka ambil tu, actually pantai kat Pengkalan Balak ni sangat menarik perhatian dan jiwa aku. 

First of all mestilah sebab suasana pantainya yang tenang, pasirnya yang putih, langit dan air laut macam bercantum, angin bersepoi-sepoi bahasa, sangat cantik pemandangan dia. Tambahan pulak pengunjung tak ramai macam Port Dickson tu. Sampai sekarang kalau aku lalu ikut Pengkalan Balak aku akan berhenti kat pantai tu dan tangkap beberapa shot yang menarik. 


SEJARAH PENGKALAN BALAK.

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai. Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini.
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Ni laluan yang aku selalu lalu kalau aku ikut jalan Port Dickson, semuanya kena lalu kawasan pantai. Jadi seronok lah tengok keindahan alam berbanding ikut laluan Highway yang membosan dan mengantuk.







View ni betul jam 2 petang, kalau korang semua nak ke pengkalan balak ni dipersilakan, mata korang akan dijamu betul-betul dengan suasana yang sungguh tenang dan nyaman.


No comments:

Post a Comment