Seminggu lebih di Kuching

Coffee Music. Bau Coffee. 

Ruang Starbucks Plaza Merdeka Kuching.

Kesejukan aircond  dan hujan bersilih ganti memeluk kulit ke tulang hitam. 

Hampir ke penghujung disember dan penyudah tahun 2014, tahun dimana pengakhirannya pengajian selama 5 tahun setengah di perantauan. 

Tak banyak yang dapat di ceritakan untuk dijadikan bahan bacaan di ruang entri kecuali memori-memori indah yang perlu aku sisip kemas di balik hati sebagai kenangan paling indah dan tak perlu dikongsi. 

Percubaan pertama mencari kerja di kuching menemui kekecewaan, dan pertaruhan untuk meniaga kek menemui jalan buntu, penyudahnya aku kehabisan wang simpanan. Masih berkira-kira untuk mencari kerja yang sesuai dan hampir dengan rumah, namun tetap tiada jalan. Yang jelasnya, ruang lingkup pekerjaan di sekitar kuching adalah sangat sedikit, bukan memilih tetapi yang betul-betul hampir dengan rumah adalah sedikit, dan aku akhirnya menemui jalan kecewa. 


Selalunya menghampiri penghujung tahun adalah waktu dimana ramai diantara manusia menyusun strategi untuk dihimpunkan diawal tahun sebagai list Azam Tahun Baru 2015. Dah bertahun aku tak menyimpan azam sebab aku tahu aku bukannya jenis yang berdisiplin, jadi aku membiarkan sahaja masa yang menentukan arah hidup aku.

But, untuk tahun 2015 yang bakal datang ni, aku berharap agar aku ditempatkan terus untuk bekerja, jadi tak lah aku duduk rumah bangun dan tidur, selain dari menjadi driver rasmi mak aku. 

Hampir 2 minggu aku di kuching dan baru terluang rasanya aku nak memuatkan sesuatu di entri ni. 

sebenarnya aku menunggu ketibaan pihak TM memasang jalur lebar kat rumah aku jadi mudahlah aku mengemaskini blog ni dan menyambung hobi menulis repekan. Harapnya taklah berhabuk jugak skill menulis aku ni. Apapun, waktu cuti aku adalah cuti yang paling panjang sejak menamatkan pengajian ijazah sarjana muda pendidikan ni. 

The Big Bad Wolf Book Sale 2014



TOUCHDOWN!!!


Akhirnya sampai juga aku di Big Bad Wolf ni yang bermula dari 5  hingga 16 Disember 2014. Baru 3 hari pelancaran Big Bad Wolf yang dilangsungkan di The Mines, tapi orang punyalah ramai datang berpusu-pusu. Majoriti yang datang adalah chinese, dan kebanyakannya buku dalam bahasa Inggeris. Orang Melayu pun ada tapi tak sebanyak bangsa Cina. Aku sampai di The Mines dan mula memburu buku jam 1 petang sampai lah jam 4 petang, dapatlah 9 buah buku dengan harga tak sampai RM80. WOW! berbaloi giler beli, lagi-lagi pada orang yang nak improve kan bahasa Inggeris dia macam aku, tak rugi datang beli buku kat sini. 

Aku banyak beli buku genre Scifi, History dgn Fiction. Tak ada satu pun novel romance, tak gemar langsung. 

Paling best Big Bad Wolf Book Sale ni, buka 24 jam!!! haaa sape yang tak nak bersesak dengan orang siang hari tu, boleh lah pergi jam 3 pagi. Berkat gittew!



Bayaran parking masuk The Mines RM4.00, nak masuk pintu je dah nampak banner Big Bad Wolf Book Sale ni. 


Pintu masuk utama sebelum sampai ke syurga buku. 



Kalau niat nak beli banyak buku tu, dan terlupa nak bawa beg ke, kotak sendiri ke, jangan risau, tepi pintu masuk ni ada volunteer yang jaga. Datang je kat dia orang dan minta saiz kotak yang korang nak. Jangan tak larat pulak nanti bawa kotak tu.



Ni Resit aku, tak sampai pun RM100, Yang Rm 3 tu member aku punya, so buku aku semuanya tak sampai RM80. Biasanya aku beli buku RM100 baru 5-6 buku. So kali ni puas hati sangat.






Kat pintu keluar Big Bad Wolf ni, lepas buat pembayaran korang akan disaji dengan papan-papan iklan yang sangat menarik perhatian orang macam aku yang suka barang-barang vintage. Tapi bagi aku yang ni, tak berbaloi di beli sebab dia buat semula, maknanya originality dia dah hilang dah. 



Orang tua dua orang ni buat aku terkejut. Serius menyeramkan, bagila aku ke yang berdiri pegang dulang duit untuk Fund buku kanak-kanak tu, elok sikit.  


Penanda buku ni, akan dapat lepas korang bayar kesemua buku yang dah dipilih tadi tu. Dan kat pintu luar, akan ada volunteer yang jaga borang survey, isi je borang survey tu akan dapat satu lagi penanda buku yang comel ni. Komen aku kat borang tu 'Boleh tak bawak Big Bad Wolf Book Sale ni kat Sarawak???

Hopefully next year ade lah, Big Bad Wolf ni kat Sarawak hasil usaha borang survey aku tu. 







For those yang minat permainan kereta macamni, kat situ pun ada berlambak barang mainan ni sebagai perhiasan kat rumah. 








Ambil kesempatan bergambar dengan mak cik ni. Lupa pulak nak tanya alamat dan nama tadi, Rude betul aku ni. 



SO, for those yang belum datang tu, cepat-cepat datang sebelum terlambat, korang ada lagi beberapa hari lagi untuk membeli buku. Makin lambat korang pergi, makin sikit buku tu nanti. So enjoy!! 




PESANAN:

Bagi parents yang datang tu, yang lepas baru pantang ke ape ke, please janganlah bawak baby korang kat situ, kesian kat baby tu, kalau boleh tinggalkan baby kat mak ke ape ke, jangan bawak kat situ. Sebabnya orang kat situ ramai, mane korang nak pilih buku lagi, nak jaga anak lagi, kang silap-silap hilang pulak sekali dengan troli anak awak tu.


Gunung Rajah 3-4 Mac 2014

Actually ni adalah throwback expedition aku ke gunung Rajah, Pahang Mac lalu. 

Trip ni, bermula seawal pagi sabtu 3 Mac2014. Pagi-pagi semua dah kena kemas-kemas barang lepas bersolat kat Masjid. Untuk pengetahuan, Jumaat malam sabtu tu, aku gerak dari Nilai ke Bentong. Kami berkumpul kat masjid untuk tumpang tidur, tapi malang pagar masjid berkunci, barangkali nak mengelak kecurian. Tak ada pilihan, kami tidur di tepi jalan. Saat ni sangat mencabar jiwa, sebab bila tidur tepi jalan, lori-lori balak lalu lalang sangat mengganggu ketenteraman nak tidur, Lena tak lena kena pejam jugak mata, even nyamuk cari peluang untuk kekah badan aku. 

Lelaki semua hampar ground tidur tepi kereta masing-masing, yang perempuan dalam kereta. So aku dengan member tidur la dalam kereta. 

Informasi: 

Untuk pengetahuan, Gunung Rajah ni terletak di Bentong Pahang. Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Gunung Rajah merupakan jajaran banjaran Titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Ia sering dikunjungi oleh orang ramai untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah.

Perjalanan dari Empangan Hidro Chamang ke Kem Lata Naning ambil masa 4 jam 30 minit. Semuanya bergantung kepada kelajuan pendaki tersebut. Kami mula bergerak dari Empangan Hidro Chamang waktu matahari tegak atas kepala, target sampai di Lata Naning jam 6 petang. 

Bermula perjalanan dari Empangan kami terus di jamu Gunung Rajah dengan laluan balak, dalma cuaca yang sangat panas. Cuaca panas menyukarkan lagi perjalanan sehingga ada yang mengambil peluang untuk merehatkan diri bila terjumpa pohon redup di tepi laluan balak. Apapun perjalanan menuju ke puncak Rajah lebih menyeronokkan berbanding perjalanan ke kem Lata Naning, ini kerana kami bergerak sebelum subuh pada 4 Mac 2014 untuk menanti kemunculan matahari di puncak nanti. 

Malang, group aku tersesat berikutan keliru dengan laluan yang terlampau banyak pecahan. Tapi mujur selamat sampai ke puncak. Boleh aku katakan, walaupun berjalan dalam keadaan yang gelap dan hanya disimbah lampu suluh, tapi kepenatan tak terasa sebab aku dah tanam dalam diri nak tengok matahari muncul. Actually, aku group ketiga yang sampai ke puncak, dan view hampir ke puncak tu aku disaji dengan rumput-rumput yang sangat menghijau. Aku rasa macam berada kat syurga pulak, tambahan keadaan yang sangat tenang dan sejuk yang melampau. 

Selepas kami turun dari puncak, kami dijamu makanan yang telah disediakan oleh ahli kumpulan yang tidak bersama naik ke puncak. Lepas makan, kemas camp site dan bergerak turun ke kaki Gunung Rajah. Aku orang kedua sampai dan mujur tak ada sebarang gangguan, sebab orang di belakang aku diganggu makhluk halus yang ada kat dalam hutan, sebab mereka keluar waktu maghrib. 


Perkampungan orang asli




Dalam badan yang berpeluh, dah semestinya bila sampai kat air terjun ni, lebah-lebah hutan akan mengerumun setiap badan pendaki. 'Manis' barangkali.



Kem Lata Naning, tempat yang sesuai untuk bermalam, sebab ada punca air.




Pemandangan dari puncak Gunung Rajah jam 7.30 pagi (4 Mac 2014)




  
Aktiviti bila sampai ke puncak, sediakan air minuman yang panas, dan biskut kering, cuaca kat puncak sangat sejuk. 





Cendawan hutan. Kata orang kalau masuk hutan, nampak tumbuhan yang berwarna warni jangan ambil dan makan sebab selalunya yang berwarna mengandungi racun. Tapi cendawan ni warnanya sangat cantik. 


Kala jengking. Nasib baik tak terpijak kat tengah laluan, kalau tak entah ape lah nasib.




 Trip Gunung Rajah ni tersangatlah mencabar tapi menyeronokkan. Kalau ada peluang kedua aku nak tawan Gunung Rajah lagi. Aku sampai di Nilai tengah malamnya, angkara jalan dari Bentong ke Kuala Lumpur sesak sebab ada lori rosak.

Everything about me

PEMIMPI. Aku seorang pemimpi. Impian dan kesukaan aku menulis, travel, food hunting dan photography. Sepanjang aku berada di Tanah Melayu, aku dah jelajah banyak tempat walaupun aku ke sini adalah untuk menyambung pengajian selama 5 tahun setengah. 
So this is my dream 'i want to travel all around the world'. Here we go! 

Food:  Curry and cake

Drinks:
  Orange Juice and Coffee

Travel Style:
  Cheapskate extraordinaires wandering through back-alleys that aren’t in the Lonely Planet guidebooks.

Mode of Transportation:
  Epic train journeys that wind through the countryside and mountainous regions.

Music:
  Indie and Folk Song.

State:
  Sarawak

Destinations:
  Old countries
Sports:  Outdoor  sports

Trip ke Jasin lalu Port Dickson

Perjalan ke Melaka dari seremban ada banyak laluan, dan aku jenis yang tak suka ambil jalan Highway. Walaupun Highway tu dekat dan ambil masa yang pantas untuk sampai ke Melaka terutamanya ke Jasin, aku lebih suka ambil jalan jauh yang boleh bawa aku menyusur jalan-jalan lori balak. Namun jalan ni bukanlah jalan yang lecak dan tanah merah, tapi jalan yang dah bertar tapi still dilalui oleh lori-lori balak besar. Kalau aku lalu ikut jalan Kuala Pilah aku akan ambil masa dua jam untuk sampai ke Jasin dari Nilai. 

Satu lagi jalan alternatif yang selalu aku ambil dari Nilai lalu ikut Port Dickson dan akan lalu Pengkalan Balak dan seterusnya sampailah ke Jasin setelah tempuh ladang sawit dan ladang getah kiri kanan, dengan laluan dan selekoh-selekoh tajam. Tapi aku bukan kira sangat, lenjan je selekoh tajam sampai 100KM. Sebab jalan sawit bukan ada orang pun, itu pun ada lori-lori kecil dan besar, aku main sedap je potong, kalau nak tunggu ikut belakang lori tu memang lambat la nak sampai, jadi caranya potong je lah. 

Antara tiga jalan alternatif ni, aku lebih suka ikut jalan guna laluan Port Dickson ni, bukan sebab pantai Port Dickson yang cantik, tapi sebab aku suka ke pantai yang lagi cantik dari Port Dickson atau teluk kemang. Actually Port Dickson bukanlah tempat percutian dan peranginan yang cantik pun, bagi aku la sebab air Port Dickson dah tercemar teruk dah lah kotor sampah merata-rata atas pantai. 

Tapi aku masih pelik, kenapalah masih ramai orang kata Port Dickson cantik sampai berpusu-pusu datang situ, mungkin dah tak ada tempat lain kot nak bersantai, terpulanglah. Yang penting aku dah fobia ke Port Dickson sebab tertelan air dia, tekak aku kena jangkitan kuman dan padahnya aku demam teruk. Berbalik ke Pengkalan Balak laluan yang aku suka ambil tu, actually pantai kat Pengkalan Balak ni sangat menarik perhatian dan jiwa aku. 

First of all mestilah sebab suasana pantainya yang tenang, pasirnya yang putih, langit dan air laut macam bercantum, angin bersepoi-sepoi bahasa, sangat cantik pemandangan dia. Tambahan pulak pengunjung tak ramai macam Port Dickson tu. Sampai sekarang kalau aku lalu ikut Pengkalan Balak aku akan berhenti kat pantai tu dan tangkap beberapa shot yang menarik. 


SEJARAH PENGKALAN BALAK.

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai. Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini.
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Ni laluan yang aku selalu lalu kalau aku ikut jalan Port Dickson, semuanya kena lalu kawasan pantai. Jadi seronok lah tengok keindahan alam berbanding ikut laluan Highway yang membosan dan mengantuk.







View ni betul jam 2 petang, kalau korang semua nak ke pengkalan balak ni dipersilakan, mata korang akan dijamu betul-betul dengan suasana yang sungguh tenang dan nyaman.