Gunung Rajah 3-4 Mac 2014

Actually ni adalah throwback expedition aku ke gunung Rajah, Pahang Mac lalu. 

Trip ni, bermula seawal pagi sabtu 3 Mac2014. Pagi-pagi semua dah kena kemas-kemas barang lepas bersolat kat Masjid. Untuk pengetahuan, Jumaat malam sabtu tu, aku gerak dari Nilai ke Bentong. Kami berkumpul kat masjid untuk tumpang tidur, tapi malang pagar masjid berkunci, barangkali nak mengelak kecurian. Tak ada pilihan, kami tidur di tepi jalan. Saat ni sangat mencabar jiwa, sebab bila tidur tepi jalan, lori-lori balak lalu lalang sangat mengganggu ketenteraman nak tidur, Lena tak lena kena pejam jugak mata, even nyamuk cari peluang untuk kekah badan aku. 

Lelaki semua hampar ground tidur tepi kereta masing-masing, yang perempuan dalam kereta. So aku dengan member tidur la dalam kereta. 

Informasi: 

Untuk pengetahuan, Gunung Rajah ni terletak di Bentong Pahang. Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Gunung Rajah merupakan jajaran banjaran Titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Ia sering dikunjungi oleh orang ramai untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah.

Perjalanan dari Empangan Hidro Chamang ke Kem Lata Naning ambil masa 4 jam 30 minit. Semuanya bergantung kepada kelajuan pendaki tersebut. Kami mula bergerak dari Empangan Hidro Chamang waktu matahari tegak atas kepala, target sampai di Lata Naning jam 6 petang. 

Bermula perjalanan dari Empangan kami terus di jamu Gunung Rajah dengan laluan balak, dalma cuaca yang sangat panas. Cuaca panas menyukarkan lagi perjalanan sehingga ada yang mengambil peluang untuk merehatkan diri bila terjumpa pohon redup di tepi laluan balak. Apapun perjalanan menuju ke puncak Rajah lebih menyeronokkan berbanding perjalanan ke kem Lata Naning, ini kerana kami bergerak sebelum subuh pada 4 Mac 2014 untuk menanti kemunculan matahari di puncak nanti. 

Malang, group aku tersesat berikutan keliru dengan laluan yang terlampau banyak pecahan. Tapi mujur selamat sampai ke puncak. Boleh aku katakan, walaupun berjalan dalam keadaan yang gelap dan hanya disimbah lampu suluh, tapi kepenatan tak terasa sebab aku dah tanam dalam diri nak tengok matahari muncul. Actually, aku group ketiga yang sampai ke puncak, dan view hampir ke puncak tu aku disaji dengan rumput-rumput yang sangat menghijau. Aku rasa macam berada kat syurga pulak, tambahan keadaan yang sangat tenang dan sejuk yang melampau. 

Selepas kami turun dari puncak, kami dijamu makanan yang telah disediakan oleh ahli kumpulan yang tidak bersama naik ke puncak. Lepas makan, kemas camp site dan bergerak turun ke kaki Gunung Rajah. Aku orang kedua sampai dan mujur tak ada sebarang gangguan, sebab orang di belakang aku diganggu makhluk halus yang ada kat dalam hutan, sebab mereka keluar waktu maghrib. 


Perkampungan orang asli




Dalam badan yang berpeluh, dah semestinya bila sampai kat air terjun ni, lebah-lebah hutan akan mengerumun setiap badan pendaki. 'Manis' barangkali.



Kem Lata Naning, tempat yang sesuai untuk bermalam, sebab ada punca air.




Pemandangan dari puncak Gunung Rajah jam 7.30 pagi (4 Mac 2014)




  
Aktiviti bila sampai ke puncak, sediakan air minuman yang panas, dan biskut kering, cuaca kat puncak sangat sejuk. 





Cendawan hutan. Kata orang kalau masuk hutan, nampak tumbuhan yang berwarna warni jangan ambil dan makan sebab selalunya yang berwarna mengandungi racun. Tapi cendawan ni warnanya sangat cantik. 


Kala jengking. Nasib baik tak terpijak kat tengah laluan, kalau tak entah ape lah nasib.




 Trip Gunung Rajah ni tersangatlah mencabar tapi menyeronokkan. Kalau ada peluang kedua aku nak tawan Gunung Rajah lagi. Aku sampai di Nilai tengah malamnya, angkara jalan dari Bentong ke Kuala Lumpur sesak sebab ada lori rosak.

No comments:

Post a Comment