Seminggu lebih di Kuching

Coffee Music. Bau Coffee. 

Ruang Starbucks Plaza Merdeka Kuching.

Kesejukan aircond  dan hujan bersilih ganti memeluk kulit ke tulang hitam. 

Hampir ke penghujung disember dan penyudah tahun 2014, tahun dimana pengakhirannya pengajian selama 5 tahun setengah di perantauan. 

Tak banyak yang dapat di ceritakan untuk dijadikan bahan bacaan di ruang entri kecuali memori-memori indah yang perlu aku sisip kemas di balik hati sebagai kenangan paling indah dan tak perlu dikongsi. 

Percubaan pertama mencari kerja di kuching menemui kekecewaan, dan pertaruhan untuk meniaga kek menemui jalan buntu, penyudahnya aku kehabisan wang simpanan. Masih berkira-kira untuk mencari kerja yang sesuai dan hampir dengan rumah, namun tetap tiada jalan. Yang jelasnya, ruang lingkup pekerjaan di sekitar kuching adalah sangat sedikit, bukan memilih tetapi yang betul-betul hampir dengan rumah adalah sedikit, dan aku akhirnya menemui jalan kecewa. 


Selalunya menghampiri penghujung tahun adalah waktu dimana ramai diantara manusia menyusun strategi untuk dihimpunkan diawal tahun sebagai list Azam Tahun Baru 2015. Dah bertahun aku tak menyimpan azam sebab aku tahu aku bukannya jenis yang berdisiplin, jadi aku membiarkan sahaja masa yang menentukan arah hidup aku.

But, untuk tahun 2015 yang bakal datang ni, aku berharap agar aku ditempatkan terus untuk bekerja, jadi tak lah aku duduk rumah bangun dan tidur, selain dari menjadi driver rasmi mak aku. 

Hampir 2 minggu aku di kuching dan baru terluang rasanya aku nak memuatkan sesuatu di entri ni. 

sebenarnya aku menunggu ketibaan pihak TM memasang jalur lebar kat rumah aku jadi mudahlah aku mengemaskini blog ni dan menyambung hobi menulis repekan. Harapnya taklah berhabuk jugak skill menulis aku ni. Apapun, waktu cuti aku adalah cuti yang paling panjang sejak menamatkan pengajian ijazah sarjana muda pendidikan ni. 

No comments:

Post a Comment